"

5 Fakta Menarik Kemenangan Argentina ke atas Brazil (Copa America Final 2021).  Pagi ini, berlangsungnya perlawanan akhir Copa amaerica 2021. Perlawanan akhir ini melibatkan dua pasukan iaitu Argentina dan juga Brazil. Kedua-dua pasukan sama hebat bertembung dalam satu perlawanan yang sangat menarik. Namun, keputusan akhir perlawanan menyaksikan Argentina menang dengan jaringan 1-0 hasil gol dari Angel Di Maria. Disebabkan final ni tayang pukul 8 pagi waktu Malaysia,jadi aku sempatlah tengok dan sangat menarik bila aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan dilakukan sepanjang 90 minit perlawanan. Berikut merupakan 5 Fakta Menarik Kemenangan Argentina ke atas Brazil (Copa America Final 2021) untuk bacaan anda semua.


5 Fakta Menarik Kemenangan Argentina ke atas Brazil (Copa America Final 2021)


5 Fakta Menarik Kemenangan Argentina ke atas Brazil (Copa America Final 2021)

1. Pasukan kebangsaan Argentina kini menyamai pencapaian Uruguay sebagai negara paling berjaya di Copa America dengan 15 gelaran.

2. Kemenangan Argentina ke atas Brazil adalah yang pertama dalam final Copa America sejak 1937.

3. Lionel Messi akhirnya memenangi gelaran pertamanya bersama pasukan kebangsaan Argentina setelah melalui 10 kejohanan utama.

4. Selepas perlawanan, Neymar memeluk Lionel Messi sambil menangis. Walaupun lawan, keduanya diketahui mempunyai hubungan yang sangat baik.

5. Kejayaan Lionel Messi memenangi gelaran sulungnya dengan pasukan kebangsaan Argentina mempunyai masa yang sama dengan piala sulung Cristiano Ronaldo dengan pasukan kebangsaan Portugal. Ronaldo memenangi gelaran Piala Eropah 2016 pada 10 Julai, sementara Messi memenangi gelaran Copa America 2021 juga pada 10 Julai.

Sumber: Squawka


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post