"

Menjelang pembukaan Sukan Olimpik tokyo, Pihak penganjur baru saja mengumumkan yang mana setiap atlet yang berjaya memperolehi pingat perlu mengkalungkan pingat itu sendiri dan ini bertujuan mengelak penyebaran virus covid 19 dalam kalanan atlet dan sukarelawan.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach berkata: 'Pingat akan diletakkan di atas dulang dan atlet akan mengambilnya sendiri dan mengalungkan ke leher masing-masing.''


Olimpik: Atlet Kalung Pingat Sendiri.


Ia agak berbeza dengan Euro 2020 apabila pingat dikalungkan ke leher pemain oleh Ketua Uefa sendiri.  Ini juga merupakan langkah berjaga-jaga selepas Tokyo mencatat peningkatan kes tertinggi sepanjang 6 bulan pertama ini.

Tokyo melaporkan 1,149 kes baharu semalam meningkat 830 daripada hari sebelumnya. Ia jumlah tertinggi sejak 22 Januari lalu apabila 1,184 orang didapati positif.

Bach yang bermesyuarat dengan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga bagi membincangkan langkah keselamatan berkaitan Covid di Tokyo mengesahkan atlet tidak dibenarkan berjabat tangan dan berpelukan ketika acara penyampaian hadiah.

Suga menggesa Bach memastikan Olimpik berlangsung dengan selamat terutamanya kepada masyarakat awam di Jepun dengan hanya 20 peratus yang sudah pun di vaksin sepenuhnya.


sumber: Harian Metro

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post