"

Untuk Messi: 5 Pemain Kemungkinan Bakal di Singkirkan Barcelona. Selesai Euro sudah pasti sekarang ini tumpuan akan lebih tertumpu kepada perpindahan pemain ke pasukan baru. Barcelona salah satu daripada pasukan yang mendapat keputusan buruk apabila mereka di katakan perlu mengurangkan purata gaji mereka. Hal ini akan menyaksikan beberapa pemain akan di singkirkan dari pasukan tersebut. Salah satu faktor lain adalah kerana Messi. Jika Messi nak sambung kontrak sudah pasti akan berlaku kenaikan gaji dan sebagainya. Ini juga faktor kenapa Barcelona perlu menyingkirkan pemain-pemain yang tidak diperlukan dari paukan tersebut.

Untuk Messi: 5 Pemain Kemungkinan Bakal di Singkirkan Barcelona.



Untuk Messi: 5 Pemain Kemungkinan Bakal di Singkirkan Barcelona. 


1. Antoine Griezmann

Barcelona membeli Antoine Griezmann dari Atletico Madrid pada 2019 dengan harga 120 juta euro.

Griezmann menjadi salah seorang pemain yang mendapat gaji besar di Camp Nou tetapi setakat ini gagal memberikan kesan yang besar. Oleh itu, dia dikhabarkan akan dijual di pasar perpindahan musim panas 2021.


2. Miralem Pjanic

kerjaya Pjanic di Camp Nou tidak berjalan lancar. Pemain tengah berusia 30 tahun itu sering berada di bangku simpanan.

Pjanic dilaporkan tidak termasuk dalam rancangan Ronald Koeman untuk musim depan. Juventus dilaporkan bersedia menampung pemain musim panas ini.


3. Samuel Umtiti

Faktor kecederaan menjadi penyebab kenapa  Umtiti bakal meninggalkan pasukan ini. Beliau hanya muncul sebanyak 16 kali sahaja pada musim lepas. Ada ura-ura yang Barcelona mahu menamatkan kontrak umtiti tetapi pemain tersebut tidak bersetuju. 

4. Philippe Coutinho


Philippe Coutinho adalah salah satu pemain termahal yang pernah dibeli oleh Barcelona. Coutinho gagal menarik perhatian dengan Barcelona. Ini diperburuk oleh keadaannya yang sering mengalami kecederaan.

Countinho juga telah keluar dari Barcelon secara pinjaman semusim ke Bayern Munich namun Munich tidak membeli pemain tersebut kerana beberapa faktor tertentu.


5. Ousmane Dembele

Antara pemain yang sering cedera dalam camp barca adalah Ousmane Dembele. Musim lepas dia bermain baik apabila menjaringkan 11 gol dan lima assist dari 44 perlawanan.

Kesemua pemain ini mempunyai masalah sendiri sama ada masalah di dalam dan luar padang. Yang penting sekarang ini Barcelona perlu menyingkirkan pemain tertentu bagi membuka ruang kepada pembaharuan kontrak messi dan kemasukan pemain-pemain lain.

Sekian.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post