Brentford Kalahkan Arsenal Dalam Perlawanan Pertama EPL

Brentford Kalahkan Arsenal Dalam Perlawanan Pertama EPL. Terkejut pagi ini apabila menyaksikan perlawanan pembukaan liga perdana Inggeris. Untuk pengetahuan, EPL baru sahaja bermula pada 13 Ogos 2021 waktu Malaysia dan perlawanan pertamanya melibatkan pasukan Brentford menentang pasukan Arsenal. Walaupun hanya perlawanan pertama, tetapi keputusan dari perlawanan ini amat mengejutkan. Brentford berjaya mengalahkan pasukan Arsenal dengan jarinan 2-0 di stadium komuniti brentford. 


Brentford Kalahkan Arsenal Dalam Perlawanan Pertama EPL



Permainan ini sangat menarik sejak awal babak pertama. Brentford selaku tuan rumah bermain agresif dan kuat supaya mereka dapat menekan Arsenal dalam perlawanan ini. Hasilnya, Canos berjaya membuka jaringan untuk segera membawa Brentford di depan pada minit ke-22 setelah meneruskan bantuan Ethan Pinnock. Gol 1-0 berlangsung sehingga separuh masa.


Memasuki babak kedua, Arsenal sebenarnya berjaya meningkatkan intensiti serangan mereka. Namun, musibah melanda Gunners ketika Norgaard menerobos gawang Bernd Leno pada minit ke-73.


Arsenal berusaha mengejar baki permainan. Namun, tidak ada gol tambahan yang diciptakan pada baki perlawanan. Skor 2-0 menjadi hasil akhir perlawanan ini.


Akhir sekali, ini adalah wake up call untuk Arsenal supaya terus berhati-hati agar tidak kehilangan mata lagi dalam perlawanan seterusnya.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post