Macam Mana Acara Keirin Dimainkan ?

Macam Mana Acara Keirin Dimainkan ?. Hai semua, memandangkan hari ini akan berlangsungnya acara keirin untuk olimpik 2020, aku kongsikan sikit fakta menarik dan bagaimana acara keirin ini dimainkan. Bukan apa, akan memudahkan kita menonton dan memberi sokongan kepada Azizul Hasni awang dan juga Shah Firdaus nanti. Untuk pengetahuan korang. Nama KEIRIN itu sendiri berasal dari JEPUN dan ia ditemukan pada tahun 1948. Keirin bermaksud "bulatan pertandingan" di mana pada awalnya dijadikan acara perjudian. Budaya berjudi menggunakan acara keirin ini berlangsung beberapa dekad, menjadi perniagaan yang mencecah trilion yen setahun serta mampu membuatkan sahabat karib bergaduh. Hanya pada tahun 2000 barulah acara keirin ini diiktiraf dan dipertandingkan dalam sukan Olimpik. 

Macam Mana Acara Keirin Dimainkan ?


Macam Mana Acara Keirin Dimainkan ?


Bagaimana pula dalam acara berbasikal? Berikut kami kongsikan macam mana acara keirin ini dimainkan. Dalam perlumbaan keirin, pelumba akan bermula mengikut satu motor automatik yang digelarkan 'pacer' yang akan bergerak mengelilingi trek pada kelajuan yang dinaikkan setiap satu pusingan, sebelum mencapai had laju maksima 50km/h.


Pacer akan keluar dari trek dalam 700m sebelum garisan penamat dan pelumba akan memecut tanpa henti pada jarak tersebut untuk menjadi pemenang.


Pemenang ditentukan oleh siapa yang melintasi garisan penamat terlebih dahulu. 3 pelumba paling pantas dari setiap pusingan akan layak ke pusingan berikutnya sebelum perlumbaan keirin terakhir diadakan bagi menentukan pemenang utama.


Masyarakat Jepun gemar menggunakan sistem keirin ini, bagi berjudi memilih pemenang kerana perlumbaan basikal ini sangat sengit, hanya ditentukan pada waktu terakhir serta apa saja boleh berlaku pada penghujung perlumbaan - selepas pacer keluar.


Azizul Hasni merupakan antara juara dunia bagi acara keirin dan beliau bersama dengan shah firdaus akan turun bagi aksi acara ini di olimpik tokyo petang ini. Ayuh berikan sokongan kepada mereka agar mereka mampu memberi tentangan dan saingan yang baik dan seterusnya membawa pulang pingat untuk negara.

Sekian.




 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post