Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya (1 Oktober 2021)

Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya (1 Oktober 2021). Hari ini menerusi kenyataan dai FAM, Mereka telah memilih dua lawan untuk aksi persahabatan Harimau Malaya iaitu Jordan dan Uzbekistan. selang beberapa minit kemudian, mereka juga telah mengeluarkan senarai 24 orang pemain yang akan mewakili harimau malaya dalam aksi persahabatan tersebut.


Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya (1 Oktober 2021)


Senarai 24 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya (1 Oktober 2021)

Menurut FAM, 

Berikut senarai nama 24 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 1 Oktober 2021 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan pada 6 Oktober 2021 dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya dijadual berlangsung di Amman, Jordan.


Daripada senarai tersebut, Cheng Hoe hanya mengekalkan 12 pemain dari kem latihan pusat terdahulu pada Mei dan Jun lalu iaitu ketika menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di Dubai, UAE.


Ketiadaan baki 14 pemain lain yang tidak dipanggil kali ini diisi oleh enam muka baharu yang mahu diuji Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.


Turut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Semoga berjaya buat semua para pemain dan pasukan Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan ini.

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post