Greysia Polii, Beregu Emas Indonesia Puji Skuad Malaysia.

Greysia Polii, Beregu Emas Indonesia Puji Skuad Malaysia. Anda masih ingat beregu emas olimpik indonesia? Gandingan Greysia Polli dan juga Apriyani Rahayu berjaya menjuarai acara beregu wanita di olimpik tokyo 2020 baru-baru ini. Mereka juga berjaya menewaskan beregu wanita negara ketika aksi suku akhir Piala Sudirman. Namun sayang, skuad indonesia terpaksa akur apabila mereka tewas 2-3 dalam aksi tersebut. 

Dalam satu tweet oleh Greysia, dia ternyata memuji skuad negara kerana berani membawa skuad yang sangat ramai pemain muda ke kejohanan di Vantaa, Finland itu. 


Greysia Polii, Beregu Emas Indonesia Puji Skuad Malaysia.


Greysia Polii, Beregu Emas Indonesia Puji Skuad Malaysia.

Pencapaian itu juga adalah kemenangan pertama Malaysia ke atas Indonesia dalam sejarah penganjuran kejohanan itu.


Cicipan tweet Greysia adalah seperti berikut : 

"Indonesia selalu dihati, berjuang untuk bangsa gak boleh luntur. Tapi tetap beri tepuk tangan dan salut (hormat) sama Malaysia yang memberanikan diri menurunkan tim (pasukan) yang rata-rata semua umur masih muda. Boleh belajar," katanya dalam ciapan di akaun Twitter rasmi @GreysPolii.


Dalam pada itu,  Greysia dan Apriyani Rahayu menang keatas beregu wanita negara,Pearly Tan-M Thinaah dengan kemenangan 22-20, 17-21, 21-18.


Mata kemenangan Malaysia disumbangkan gandingan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dengan kejayaan 21-19, 9-21, 21-16 ke atas Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti untuk mara ke separuh akhir berdepan Jepun.

Malaysia kemudian, tewas kepada Jepun dan gagal layak ke pusingan Akhir Piala Sudirman 2020.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post