"

Indonesia Juara Piala Thomas 2020, Penantian 20 tahun Berakhir! Semalam, Indonesia berjaya mengalahkan juara bertahan Piala Thomas iaitu China dalam pentas Final sekali gus menamatkan penantian 2 dekat mereka untuk meraih gelaran tersebut. Mereka berjaya mengalahkan China dengan straight set iaitu dengan 3-0 di Arena Ceres. 

Kejayaan berkenaan menyaksikan Indonesia muncul pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu apabila merangkul gelaran sebanyak 14 kali, dengan kali terakhir pada edisi 2002 di Guangzhou, China selepas menewaskan Malaysia 3-2 pada final. China pula memenangi gelaran itu sebanyak 10 kali.


Indonesia Juara Piala Thomas 2020, Penantian 20 tahun Berakhir!


 Indonesia Juara Piala Thomas 2020, Penantian 20 tahun Berakhir!

Pemain perseorangan nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting mengutip mata pertama Indonesia selepas ketinggalan set pertama sebelum menyingkirkan pemain nombor 27 dunia, Lu Guang Zu 18-21, 21-14, 21-16 dalam pertarungan selama 76 minit.


Dalam percaturan barisan pemain, Indonesia menurunkan beregu ketiga negara itu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. Beregu nombor tujuh dunia itu mampu melakukan kejutan apabila hanya mengambil masa 42 minit untuk menyumbang mata kedua dengan menewaskan gandingan China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong dalam straight set 21-12, 21-19.


Indonesia mengesahkan kejuaraan apabila pemain nombor tujuh dunia, Jonatan Christie berentap selama 82 minit untuk membutirkan mata kemenangan 3-0 dengan mengalahkan pemain nombor 65 dunia, Le Shi Feng, 21-14, 18-21, 21-14.


Indonesia mara ke final selepas menewaskan Malaysia 3-0 di peringkat suku akhir dan Denmark 3-1 di separuh akhir manakala China menundukkan Thailand 3-0 di suku akhir dan menumpaskan naib Jepun 3-1 di peringkat separuh akhir.

Sumber : Harian Metro

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post