Malaysia vs Indonesia Di Pentas Suku Akhir Piala Sudirman 2020

Malaysia vs Indonesia Di Pentas Suku Akhir Piala Sudirman 2020. Selepas selesai perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang jepun semalam, skuad negara terpaksa akur apabila mereka kalah 1-4 kepada jepun. Hasil dari keputusan ini menyebabkan kita mendapat tempat kedua kumpulan D. Sebelum ini, Malaysia menang keatas Mesir dan England dalam dua perlawanan pertama kumpulan.

Seterusnya, Malaysia telah layak ke suku akhir piala sudirman dan telah diundi menentang pasukan Indonesia dalam perlawanan yang akan berlangsung malam ini.

Malaysia vs Indonesia Di Pentas Suku Akhir Piala Sudirman 2020




Malaysia vs Indonesia Di Pentas Suku Akhir Piala Sudirman 2020

Jepun pula akan menentang Taiwan yang muncul naib juara Kumpulan C dan Malaysia masih boleh berjumpa jepun jika memenangi perlawanan menentang Indonesia hari ini..


China akan bertemu Denmark selepas masing-masing mengungguli Kumpulan A dan naib juara Kumpulan C,manakala juara Kumpulan B, Korea Selatan akan menentang naib juara Kumpulan A, Thailand.


Pada 2019, Malaysia terkandas di suku akhir selepas tumpas 0-3 kepada Jepun dan kali terakhir pasukan negara mara ke separuh akhir pada 2009 di Guangzhou, China.


Sementara itu, pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia mengakui kemenangan dan berjaya menyumbang mata tunggal negara ketika berdepan Jepun dalam aksi terakhir adalah satu persiapan terbaik sebelum melangkah ke suku akhir malam ini.


AAron bergandingan bersama Soh Wooi Yik ketika menumpaskan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 22-20, 14-21, 21-16.


Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang tumpas kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota 18-21, 10-21 mengakui mempelajari sesuatu sebaik tamat aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebentar tadi.



Senarai Pemain Indonesia yang dijangka akan turun beraksi adalah

Perseorangan Lelaki : Anthony Ginting

Pemain perseorangan wanita, Gregoria Mariska Tunjung.

Regu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo


Regu Wanita:  Greysia Polii-Apriyani Rahayu

Regu campuran : Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.


 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post