Uzbekistan Mudah Kalahkan Malaysia, Jaringkan 5 gol Berbalas 1.

Uzbekistan Mudah Kalahkan Malaysia, Jaringkan 5 gol Berbalas 1. Selepas persembahan memalukan ketika menentang Jordan baru-baru ini. Skuad Harimau Malaya sekali lagi kecundang di tangan Uzbekistan. Kali ini mereka kalah 5-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Jordan itu. Kekalahan ini sudah di jangka, kerana barisan skuad negara banyak di barisi pemain-pemain muda dan kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.

Uzbekistan Mudah Kalahkan Malaysia, Jaringkan 5 gol Berbalas 1.

Uzbekistan Mudah Kalahkan Malaysia, Jaringkan 5 gol Berbalas 1.

Paling mencuri tumpuan pastinya kemunculan penyerang muda sensasi negara yang beraksi bersama KV Kortrijk di Liga Belgium, Luqman Hakim Shamsudin apabila buat pertama kali disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.


Anak buah Srecko Katanec jelas mengamalkan permainan mudah menerusi hantaran pendek satu dua yang kerap memerangkap benteng negara dan akhirnya Dostonbek Khamdamov mudah menghukum melalui gol pertama selepas memanfaatkan hantaran lintang Farrukh Sayfiev di minit 17.


Khamdamov sekali lagi mencetak nama selaku penjaring dengan gol kedua pada minit ke-29 dengan kali ini pemain sayap kelab Pakhtakor Tashkent itu menggunakan kepala menanduk masuk hantaran Jaloliddin Masharipov.


Empat minit kemudian gawang negara bolos lagi dengan kali ini giliran Khusayin Norchaev untuk meletakkan pasukannya selesa memimpin perlawanan.


Menuju hujung babak pertama, Baddrol Bakhtiar mengejutkan benteng Uzbekistan apabila bijak memanfaatkan bola percubaan Faizal yang terkena tiang sebelum singgah di kakinya untuk merapatkan kedudukan 1-3.


Begitupun pemain gantian, Ibrokhimkhalil Yuldashev berjaya menambah gol keempat buat Uzbekistan di minit ke-68 selepas dia bijak melepasi tiga pertahanan sebelum Azizbek Amanov menambah derita dengan gol kelima di hujung babak permainan.

Dengan skuad ini, mampukah kita mencapai sesuatu dalam Piala AFF nanti? Komen anda?

 Jom tengok bola live di channel telegram kami!

klik link di bawah ini ya.


0/Post a Comment/Comments

Jom komen ! :)

أحدث أقدم