"

 Harga Tiket Final Piala Malaysia 2021. Sebentar tadi, MFL telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai harga tiket final Piala Malaysia 2021 yang dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan. Berikut merupakan kenyataan mengenai Harga Tiket Final Piala Malaysia 2021 untuk bacaan anda.


Harga Tiket Final Piala Malaysia 2021


Harga Tiket Final Piala Malaysia 2021


Malaysian Football League (MFL) mengumumkan harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November 2021 (Selasa) ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, senarai harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 mengikut empat tier bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium General Admission (RM80) serta Premium Grandstand (RM150).


"MFL telah menetapkan harga tiket bagi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 adalah sama seperti harga tiket pada 2019. Meskipun MFL terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini dan tiket hanya diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat duduk, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket yang agak terhad.


“Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket tempat duduk terbuka akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah.


"Selain itu MFL juga telah memohon untuk penonton dibenarkan makan dan minum di dalam stadium dan kami berharap permohonan itu akan mendapat pertimbangan sebaiknya daripada pihak MKN,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.


Untuk makluman, orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi pautan www.tickethotline.com pada Sabtu, 27 November 2021 bermula jam 12 tengah hari.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post