"

Biodata Kim Pan Gon, Ini Dia Rekod Jurulatih Malaysia Yang Baru. Nama kim pan gon menjadi sebutan setelah perletakan jawatan tan cheng hoe sebagai jurulatih harimau malaya. sejak itu jugalah rakyat malaysia di sajikan dengan info berkaitan kim pan gon ini. Secara rasminya pada 21 Januari 2022, Persatuan bola sepak malaysia telah mengumumkan Kim Pan Gon sebagai jurulatih baru harimau malaya. 


Biodata Kim Pan Gon,
gambar kim pan gon sumber : rotp


Persoalannya, siapakah kim pan gon? adakah dia mempunyai rekod baik sebagai jurulatih sepanjang kariernya? kalau nak tahu, jom sambung baca biodata kim pan gon di bawah ini.

Biodata Kim Pan Gon, Ini Dia Rekod Jurulatih Malaysia Yang Baru.

Nama penuh jurulatih baru malaysia ini adalah Kim Pan-gon  Dia di lahirkan di Jinju, Korea Selatan pada tarikh 1 Mei 1969. Sebelum melatih pasukan negara, ada beberapa pasukan yang telah menggunakan khidmat Pan Gon. Antaranya adalah pasukan bola sepak Hong Kong.

Dalam Biodata kim pan gon, ini sedikit Latar Belakang Kejurulatihan.

Latar belakang kejurulatihan Kim Pan Gon adalah dia memegang Diploma Kejurulatihan Bola Sepak Profesional AFC, kelayakan kejurulatihan bola sepak tertinggi di Asia.

Kim Pan-Gon bermain untuk kelab K League Ulsan Hyundai dan Jeonbuk Hyundai Motors sebelum tiba di Hong Kong untuk bermain untuk Instant-Dict pada tahun 2000. 

Kemudian, Dia berpindah ke Double Flower selepas Instant-Dict menarik diri. Pada tahun 2003, beliau menjadi pengurus-pemain di Buler Rangers dan bersara sebagai pemain pada penghujung musim.

Kim Pan Gon mula menjadi jurulatih pada tahun 1999 dan ketika itu dia menjadi jurulatih kepada pasukan bawa 18 tahun Chungkyung High school.

Pada tahun 2002 sehingga tahun 2004, dia menjadi pemain dan jurulatih untuk pasukan Hong Kong Rangers yang merupakan pasukan kerdil ketika itu.

Kejayaannya adalah dia berjaya membawa pasukan itu mendapat tempat pertama dalam fasa pertama musim tersebut.

Dalam biodata kim pan gon ini juga kami kongsikan yang Pan Gon pulang ke korea selatan selepas itu dan berkhidmat untuk pasukan Busan I'Park. Tujuan asalnya pada awal adalah sebagai pembantu jurulatih.

Namun pada tahun 2006, dia di angkat menjadi jurulatih dan ketika itu, dia berjaya membawa pasukan tersebut mengalahkan pasukan-pasukan besar seperti pohang steelers, suwon bluewings dan lain-lain.

kemudian, pada tahun 2008, dia menjadi jurulatih South China iaitu pasukan dari hong kong dan pada masa yang sama dia menjadi jurulatih hong kong dan juga hong kong bawah 23 tahun. 

Pada tahun 2010, menjadi konsultasi strategik gyeongnam fc dan fitness untuk pasukan itu.

kemudian, selapas satu musim, dia kembali ke hong kong selepas isterinya sakit di sana. Selepas itu pada tahun 2011, kim pan gon kembali menjadi jurulatih hong kong sehingga tahun 2017. 

Kim Pan Gon Menjadi Ketua Pasukan Kebangsaan Korea Selatan.

Pada 26 Disember 2017, Kim telah dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Korea untuk menjadi ketua jawatankuasa penyeliaan pasukan kebangsaan Korea Selatan. 

Dia bertanggungjawab untuk mengupah jurulatih untuk pasukan kebangsaan Korea Selatan dan skuad B-23. 

Dia memainkan peranan dalam mempromosikan pembangunan bola sepak dengan melantik, menilai, dan menyokong pemilihan jurulatih pasukan kebangsaan, pengurusan dan pelan hala tuju jangka panjang. 

Makin menarik pula biodata kim pan gon ini kan. jom sambung tengok rekod beliau bersama pasukan hong kong.

Rekod mengendalikan pasukan hong kong.

Rata-rata peminat bola sepak negara tertanya-tanya mengenai rekod kim pan gon bersama dengan pasukan Hong kong.

Bermula dari 2009 sehingga tahun 2016, Kim pan gon telah berjaya memperolehi 14 menang, 10 seri dan 18 kalah.

Beliau juga turut seri tanpa jaringan dengan pasukan negara pada tahun 2012 dan 2015. Berdasarkan rekod ini? Mampukah pasukan negara beraksi dengan baik di bawah jurulatih dari korea ini?

Penutup.

Aku tak mau cakap panjang mengenai jurulatih baru kita ni sebabnya kita masih belum mencuba dan mengetahui bagaimana taktikal dan bagaimana dia menguruskan pasukan negara nanti.

Aku bagi 100% kepercayaan kepada Kim Pan Gon untuk melatih pasukan negara, Misi kita untuk tahun 2022 ini adalah layak ke asia dan juga piala aff 2022 pada hujung tahun ini. 

Sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan di bawah jurulatih baru ini. Jom kongsikan biodata kim pan gon di facebook korang ya.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post