"

Manchester United Pasukan Paling Banyak Menang. Selepas kemenangan keatas Leeds United dengan jaringan 4-2, Manchester United kini telah memenangi 700 perlawanan dan kini mereka juga merupakan pasukan paling banyak memenangi perlawanan dalam EPL. 


Manchester United Pasukan Paling Banyak Menang


Manchester United Pasukan Paling Banyak Menang

Red Devils mendominasi liga utama itu sejak ia diperkenalkan pada 1992 apabila memenangi kejuaraan liga sebanyak 13 kali ketika di bawah bimbingan Alex Ferguson.

United memenangi lebih 90 perlawanan berbanding pasukan tempat kedua, Arsenal yang tidak pernah layak ke Liga Juara-Juara sejak 2016.

Chelsea bersaing sengit dengan Gunners apabila kedua-duanya mengumpul 2,114 mata setakat ini, kurang 140 mata berbanding United.

Liverpool menduduki tangga keempat dengan 598 kemenangan daripada 1,139 perlawanan dan mengumpul 2,074 mata.

Tottenham pula menduduki tempat kelima tetapi kurang 300 mata berbanding Reds. Sejak beraksi di Liga Perdana, Spurs meraih 492 kemenangan dan mengumpul 1,755 mata.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post