"

Faisal Halim Kongsi Barang Larangan Dibawah Kim Pan Gon. Dalam temubual bersama dengan media baru-baru ini, Faisal halim ada mendedahkan yang jurulatih baru harimau malaya telah mengenakan syarat tertentu bagi memastikan disiplin pemain dijaga sepanjang sesi bersama skuad kebangsaan.


Faisal Halim Kongsi Barang Larangan Dibawah Kim Pan Gon.


Faisal Halim Kongsi Barang Larangan Dibawah Kim Pan Gon.


Katanya jika terdapat pelanggaran peraturan, setiap pemain akan didenda dari RM50 hingga RM150 setiap kesalahan dan semua pemain mematuhinya dengan baik.


"Sebenarnya dalam senarai itu banyaklah, contoh kalau kita salah pakai kasut waktu pergi latihan...dia punya denda dalam RM150.

"Kalau hari perlawanan pula kita tak boleh main telifon...itulah yang saya boleh bagi, tapi tak boleh kongsi banyak.

"Mungkin ada yang pertama kali, pada saya sebenarnya di Malaysia (pasukan dalam liga tempatan) pun sebelum ini pernah ada. Contoh, salah pakai kasut, (belanja makan) Starbucks dan lambat ke denda.

"Cuma sekarang lebih terperinci, macam dalam kem latihan ini masih normal lagi kita boleh main telefon, tapi di Singapura nanti akan berjalan peraturan (tak dibenarkan main telefon) itu.

"Memang ketat, tapi sebagai pemain kena terima. Kita berada dalam kem kebangsaan bukan peringkat sekolah ke, MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) ke...sekarang tugasan bersama negara," katanya ketika ditemui ketika ditemui pada sesi latiha sebelah pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post