"

FIFA dan UEFA Singkirkan Russia Secara Mutlak. Isu serangan dari tentera Russia keatas negara Ukraine baru-baru ini memasuki episod baru. Kali ini bidang sukan pula menerima tempiasnya. Sebelum ini, Fifa dan Uefa masih membenarkan pasukan rusia bermain tetapi tidak boleh ada penonton, tidak boleh menggunakan bendera atau apa-apa yang melambangkan negara berkenaan.


FIFA dan UEFA Singkirkan Russia Secara Mutlak.




FIFA dan UEFA Singkirkan Russia Secara Mutlak.


Namun, sikap FIFA itu ditentang presiden Poland yang mengatakan mereka tidak akan menentang pasukan apa pun dari negara berkenaan.

Sehubungan dengan itu, FIFA dan UEFA telah membuat pusingan U apabila mereka menyingkirkan terus semua pasukan dari Russia yang bertanding dalam Kalender mereka.

Sebagai contoh, Russia akan bermain kelayakan Piala Dunia dan begitu juga dengan pasukan wanita negara berkenaan. 

"Fifa dan UEFA memutuskan bersama-sama bahawa semua pasukan Rusia sama ada wakil kebangsaan atau kelab akan digantung daripada penyertaan dalam kedua-dua pertandingan Fifa dan UEFA sehingga diberi tahu kelak," kata kenyataan bersama itu.

"Presiden Gianni Infantino dan Aleksander Ceferin berharap keadaan di Ukraine akan bertambah baik agar bola sepak sekali lagi boleh menjadi elemen perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat."

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post