"

Kim Pan Gon Melawat Pusat Latihan Selangor. Selepas melawat fasiliti yang ada di Johor, jurulatih baru harimau malaya turun semalam ke Pusat latihan pasukan selangor pula. Pan Go bersama dengan barisan jurulatihnya dilihat berada di sana dan turut di sertai oleh Raja Muda Selangor. 


Kim Pan Gon Melawat Pusat Latihan Selangor.


Sudah pasti sekarang ini, Pan Gon perlu meneliti sehabis baik fasiliti-fasilit yang ada di dalam negara bagi memastikan anak buahnya nanti mendapat penilaian dan juga penjagaan yang baik untuk bermain bersama skuad harimau malaya. 

Untuk jadual perlawanan antarabangsa. Pasukan Malaysia dijadual bertemu dengan Singapura dan juga Filipina pada hujung bulan Mac ini. Ini juga merupakan tugasan pertama Pan Gon bersama skuad harimau malaya.


Selain menjadi Jurulatih, Pan Gon akan menjadi pengurus skuad harimau malaysa seperti mana yang dimaklumkan oleh Timbalan Presiden FAM.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post