"

 Fonte - " Ronaldo Mampu Beraksi di Euro 2024". Kalau anda peminat bola sepak dunia, nama cristiano ronaldo memang tidak asing kerana dia merupakan pemain terhebat yang ada pada zaman ini. Namun kini, usianya sudah menjangkau 35 tahun.

Sudah terdapat ura-ura yang dia akan menamatkan kariernya tidak lama lagi.


Fonte - " Ronaldo Mampu Beraksi di Euro 2024"


Fonte - " Ronaldo Mampu Beraksi di Euro 2024"

Namun lain pula yang dilihat oleh rakan sepasukannya di Portugal Jose Fonte. Dia merasakan yang ronaldo dapat bermain bola lagi sehingga Euro 2024 nanti.

"Saya rasa dia sudah menjelaskannya sebelum ini, dia yang akan menentukan masa depannya. Saya rasa secara fizikal dia berasa sangat hebat.

"Jika dia berpeluang memenanginya dan kekal beraksi cemerlang di peringkat tertinggi, dia akan terus bermain. Tidak ada sesiapa tahun apa yang ada dalam fikirannya, hanya dia yang akan menentukannya.

"Dia mahu bermain dan terus bermain jadi saya jangka ia bukan hanya Qatar, tetapi juga Euro, sekurang-kurangnya," kata Fonte.

Ronaldo meledak 115 gol untuk Portugal dalam 134 penampilan yang dihiasi gelaran Kejuaraan Eropah 2016 dan Liga Negara-Negara UEFA 2019. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post