"

PFAM setuju Perak FC dipotong tiga mata. Isu Perak masih belum nampak penghujungnya. Pemilik baru masih tidak diumumkan. ditambah pula MFL telah mengenakan pemotongan mata sebanyak 3 mata selepas mereka gagal melunaskan tunggakan gaji para pemain mereka. Kini Perak berada di kedudukan tercorot liga dan berhutang 3 mata selepas penolokan itu dilaksanakan.


PFAM setuju Perak FC dipotong tiga mata


PFAM setuju Perak FC dipotong tiga mata.

Dalam pada itu, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) melihat tindakan pemotongan tiga mata terhadap Perak FC bukan satu bentuk hukuman kejam buat pasukan terbabit.

Malah, tindakan diambil Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap skuad Bos Gaurus sebagai peringatan supaya tidak mengambil ringan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail berkata, 


"Pertama sekali, PFAM menyambut baik tindakan serius dikenakan kepada Perak FC dan MFL sudah mengambil langkah tepat dalam perkara ini.

"Kami berharap agar isu tunggakan gaji Perak FC untuk dua kelompok (musim ini dan musim lepas) dapat diselesaikan dalam kadar segera.

"PFAM sudah menghantar aduan bagi tunggakan gaji pemain Perak FC bagi musim 2021 ke peringkat Jawatankuasa Status FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk diperhalusi dengan lebih lanjut," katanya.


Terdahulu, Perak FC gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan Reserve Team sehingga November 2021 berdasarkan Akuan Berkanun (SD) dihantarkan Perak FC bertarikh 15 Disember 2021.


Keputusan pemotongan mata dibuat dalam mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL dipengerusikan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara persidangan video bersama ahli jawatankuasa berkenaan kes tunggakan pada musim 2021.


Perak diberi masa sehingga tarikh akhir kedua iaitu 14 April untuk menyelesaikan bayaran tunggakan gaji berkenaan dan sekiranya gagal, pada 15 April 2022, mereka boleh dikenakan hukuman pemotongan enam lagi mata dalam saingan Liga Premier dan pengurangan dana.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post