"

Kedah Kehilangan Syafiq Ahmad. Selepas surat rasmi penamatan pinjaman pemain syafiq ahmad ke pasukan Kedah. Maka berakhirlah khidmat cemerlang syafiq bersama Kedah musim ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC Khamal Idris Ali, pihaknya mengesahkan sudah menerima surat rasmi daripada pihak JDT yang memaklumkan berita berkaitan penamatan pinjaman pemain berkenaan hari ini.

Kedah Kehilangan Syafiq Ahmad.


Kedah Kehilangan Syafiq Ahmad.

"Pihak KDA FC sudah menerima surat rasmi berkenaan dan perkara penamatan pinjaman ini memang sesuatu tidak kami duga di saat kami sedang menempuh dugaan berkaitan prestasi pasukan.



"Namun mengikut klausa ditetapkan, pihak KFA FC perlu menyerahkan pemain yang dipinjam kepada pasukan asal sebaik tamat pinjaman atau pada bila-bila masa sekiranya dikehendaki oleh pasukan asal.



"Jadi dalam menghadapi situasi ini, kami harus terus tabah menerima keadaan dan melihat ke depan bagi mencongak peluang baharu bagi menampung pemain yang akan kembali ke pasukan asal," katanya.



"Kami tidak mahu isu ini menambah kesukaran pasukan dan oleh itu saya serahkan kepada ketua jurulatih untuk membuat pilihan sewajarnya mendapatkan pemain bersesuaian.


"Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan semoga usaha kami seterusnya akan membuahkan kejayaan seperti semua pihak harapkan pada masa depan.


"InsyaAllah kami akan tetap berusaha dengan kemampuan yang ada bagi memastikan KDA FC mampu beri saingan bagi menempuh saingan Liga Malaysia musim ini dan juga Piala AFC yang akan bermula pada Jun depan," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Previous Post Next Post